As Syeikh Sa’id Hawwa berpendapat ada 12 cabang ilmu yang perlu dipelajari untuk mencapai tingkatan muslim yang beraqidah kuat dan berpengetahuan luas.
Penulis (secara peribadi) berpendapat adalah sangat sukar bagi setiap muslim untuk mempelajari semua ilmu tersebut kecuali mereka yang belajar dalam aliran agama. Lebih-lebih lagi suasana sistem pembelajaran hari ini yang memisahkan agama dengan cabang-cabang ilmu yang lain. Namun, jika tidak dapat mempelajari semua ilmu tersebut berusahalah belajar sebahagiannya dan hendaklah terus berusaha daripada semasa ke semasa agar dapat menguasai kesemuanya suatu masa nanti. InsyaAllah Taala.
Ilmu2 yang dimaksudkan Sa’id Hawwa adalah:
Ushul al-Tsalatsah
· Ilmu yang membahas tiga dasar utama: Allah, rasul dan Islam.
· Hakikat ilmu iman adalah mengenal Allah, rasul dan Islam sebaik-baiknya serta redha terhadapnya.
Al quran
· Ilmu tilawah.
· Ilmu Rasm Uthmani (teori penulisan yg digunakan untuk menulis mushaf)
· Perkembangan ilmu al Quran yang mencetuskan ilmu nasikh wa mansukh, asbabun nuzul dan gharib al Quran.
· Ilmu tafsir.
a. Hendaklah setiap muslim membaca al Quran secara teratur.
b. Menghafal sebahagian @ seluruh al Quran disertai ilmu dan amal.
c. Biasakan merujuk pendapat para mufassir.
Al sunnah
· Pendapat ulama fiqh: kata2, perbuatan dan ketetapan rasulullah SAW.
· Pendapat ulama hadis: Setiap yang datang daripada Rasulullah SAW, baik berupa kata2, perbuatan, ketetapan, sifat kemanusiaan, akhlaq atau sirah, sama ada sebelum @ sesudah bi’tsah.
Ushul fiqh
· Merupakan neraca fiqh yg dapat memantapkan pemahaman ahli fiqh dan mencegah kesalahan dalam beristinbat hukum.
· Hukum- mujmal, mufashsal, ‘am, khas, muhkam dan mutasyabih.
Fiqh
· Perlu membaca kitab2 fiqh, matan fiqh dan syarahnya dalam pelbagai mazhab.
· 4 kekeliruan pandangan sebahagian orang dalam melihat fiqh:
a. Fanatime mazhab
b. Tidak menyukai pengkajian fiqh
c. Menolak pengkajian kitab & as sunnah
d. Menolak pengkajian fiqh dgn alasan mengkaji langsung terhadap al Quran dan sunnah
· Kesalahan sebahagian pihak yang mengabaikan fiqh kerana keterlaluan dalam mengkaji hadis dan sunnah, sebahagian lagi sebaliknya. Sebahagian lain menuntut kembali kepada kitab dan sunnah dengan cara melempar fiqh.
Aqidah
· Persoalan aqidah sangat mendasar, sedikit sahaja tergelincir akan sesat.
· Aqidah salafiyyah satu2nya yang memungkinkan semua umat manusia bersatu di atasnya.
Akhlak
· Menghayati akhlak dalam Islam dan mengamalkannya
· Menelaah kitab2 akhlak seperti Ihya’ Ulum al Din dan muktasarnya, Mau’izhah al Mukminin dll.
Sirah Rasulullah SAW dan sejarah umat Islam
· Faktor penting pembentukan peribadi dan dapat mengenal lebih jauh tentang keadaan umat.
· Allah SWT menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai qudwah bagi umat.
· Rasulullah SAW bersabda, “siapa yang tidak memperhatikan persoalan kaum muslimin, maka dia bukan daripada golomgan mereka.” (HR. Baihaqi).
Bahasa Arab
· Perlu membaca dan menelaah kitab2:
a. Khat (kaligrafi) Arab
b. Imla (ilmu menulis) Arab
c. Nahwu & sharaf
d. Balaghah
e. ‘Arudh
f. Kamus2 bahasa Arab klasik
g. Sastera Arab dan sejarahnya
Fiqh dakwah dan gerakan
· Setiap muslim adalah da’i sesuai dengan kemampuannya.
· Kaum muslimin perlu mewujudkan kesatuan hati, menghilangkan perasaan tidak baik antara kaum muslimin dan mampu menyatukan manhaj tarbiyah, sistem pendidikan dan pemahaman.
Sistem musuh untuk menghancurkan Islam
· Kolonialis spt Inggeris, Amerika, komunisme, salbisme, yahudi dan zionisme serta cabang2nya.
· Freemansonry, Rotary-Lions Club, Peranan agen-agen Amerika (CIA), Inggeris, Perancis dan Rusia (KGB) serta sekutu2nya.
Kajian Islam moden
· Buku2- ada yang menjelaskan Islam secara total, ciri2, masalah aqidah dan prinsip2nya, sistem hidup Islam, salah faham tentang Islam, pertentangan antara jahiliyyah dan Islam, pokok2 permasalahan moden.
· Karya Hassan al Banna, al Maududi, al Nadwi, al Qaradawi dll.
Rujukan: Jundullah Tsaqafatan Wa Akhlaqan Oleh Syeikh Sa’id Hawwa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan