Saya ingin menghuraikan secara ringkas pembahagian jihad beserta tahap-tahapnya seperti yang dijelaskan oleh Al Imam Ibnu Qayyim, seorang ulama kurun ke-8 hijrah. Saya berpendapat pembahagian ini mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang dapat membaca.
Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci, silalah merujuk kepada kitab-kitab muktabar lain yang membincangkan fiqh jihad seperti kitab Fiqh Jihad karya As Syeikh Prof. Yusuf Qardhawi yang sangat relevan untuk diamalkan pada masa sekarang.
“Tetapi rasul dan orang-orang beriman bersamanya, (mereka) berjihad dengan harta dan jiwa. Mereka itu memperoleh kebaikan. Mereka itulah orang2 yang beruntung. Allah telah menyediakan mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai2, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang agung.” (at-Taubah: 88-89)
a) Memerangi nafsu dengan cara mempelajari petunjuk dan agama yang benar, yang tidak ada keuntungan dan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat kecuali dengan ilmu ini.
b) Berjihad melawan nafsu dengan amal setelah ilmu. Sebab jika jihad ini hanya dengan ilmu tanpa amal, setidak2nya ia tidak memberi manfaat kalaupun tidak membahayakan diri sendiri.
c) Berjihad melawan nafsu dengan mengajak kepada mendalami ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain yang belum mengetahui. Jika tidak, maka dia termasuk orang-orang yang menyembunyikan apa yang diturunkan Allah sehingga ilmunya itu tidak bermanfaat baginya dan tidak mampu menyelamatkannya daripada seksa Allah.
d) Berjihad memerangi nafsu dengan cara bersabar menghadapi kepayahan dakwah kepada Allah dan gangguan manusia.
2. Jihad melawan syaitan yang terdiri daripada 2 tahap:
a) Menolak apa-apa yang datang daripadanya seperti syubhat dan keraguan yang boleh menodai iman.
b) Menolak keinginan2 yang merosakkan dan syahwat.
Jihad yang pertama (a) menghasilkan keyakinan manakala jihad yang kedua (b) menghasilkan kesabaran. Allah berfirman, “Dan kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar dan mereka menyakini ayat-ayat Kami.” (as-Sajdah: 24). Allah Taala menyatakan kepimpinan dalam agama hanya dapat diperoleh dengan kesabaran dan keyakinan. Sabar menolak syahwat dan kehendak yang rosak sedangkan keyakinan menolak keraguan dan syubhat.
4. Jihad melawan golangan munafiq.
Kedua- dua jihad ini (3 & 4) terdiri daripada 4 tingkatan iaitu memerangi mereka dengan jiwa, lisan, harta dan hati. Jihad memerangi golongan kafir lebih khusus menggunakan tenaga sedangkan menghadapi golongan munafiq lebih khusus menggunakan lisan. Wuallahua’lam. 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan