Ilmu2 yang dimaksudkan Sa’id Hawwa adalah:
Ushul al-Tsalatsah
· Ilmu yang membahas tiga dasar utama: Allah, rasul dan Islam.
· Hakikat ilmu iman adalah mengenal Allah, rasul dan Islam sebaik-baiknya serta redha terhadapnya.
Al quran
· Ilmu tilawah.
· Ilmu Rasm Uthmani (teori penulisan yg digunakan untuk menulis mushaf)
· Perkembangan ilmu al Quran yang mencetuskan ilmu nasikh wa mansukh, asbabun nuzul dan gharib al Quran.
· Ilmu tafsir.
a. Hendaklah setiap muslim membaca al Quran secara teratur.
b. Menghafal sebahagian @ seluruh al Quran disertai ilmu dan amal.
c. Biasakan merujuk pendapat para mufassir.
Al sunnah
· Pendapat ulama fiqh: kata2, perbuatan dan ketetapan rasulullah SAW.
· Pendapat ulama hadis: Setiap yang datang daripada Rasulullah SAW, baik berupa kata2, perbuatan, ketetapan, sifat kemanusiaan, akhlaq atau sirah, sama ada sebelum @ sesudah bi’tsah.
Ushul fiqh
· Merupakan neraca fiqh yg dapat memantapkan pemahaman ahli fiqh dan mencegah kesalahan dalam beristinbat hukum.
· Hukum- mujmal, mufashsal, ‘am, khas, muhkam dan mutasyabih.
Fiqh
· Perlu membaca kitab2 fiqh, matan fiqh dan syarahnya dalam pelbagai mazhab.
· 4 kekeliruan pandangan sebahagian orang dalam melihat fiqh:
a. Fanatime mazhab
b. Tidak menyukai pengkajian fiqh
c. Menolak pengkajian kitab & as sunnah
d. Menolak pengkajian fiqh dgn alasan mengkaji langsung terhadap al Quran dan sunnah
· Kesalahan sebahagian pihak yang mengabaikan fiqh kerana keterlaluan dalam mengkaji hadis dan sunnah, sebahagian lagi sebaliknya. Sebahagian lain menuntut kembali kepada kitab dan sunnah dengan cara melempar fiqh.
Aqidah
· Persoalan aqidah sangat mendasar, sedikit sahaja tergelincir akan sesat.
· Aqidah salafiyyah satu2nya yang memungkinkan semua umat manusia bersatu di atasnya.
Akhlak
· Menghayati akhlak dalam Islam dan mengamalkannya
· Menelaah kitab2 akhlak seperti Ihya’ Ulum al Din dan muktasarnya, Mau’izhah al Mukminin dll.
Sirah Rasulullah SAW dan sejarah umat Islam
· Faktor penting pembentukan peribadi dan dapat mengenal lebih jauh tentang keadaan umat.
· Allah SWT menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai qudwah bagi umat.
· Rasulullah SAW bersabda, “siapa yang tidak memperhatikan persoalan kaum muslimin, maka dia bukan daripada golomgan mereka.” (HR. Baihaqi).
Bahasa Arab
· Perlu membaca dan menelaah kitab2:
a. Khat (kaligrafi) Arab
b. Imla (ilmu menulis) Arab
c. Nahwu & sharaf
d. Balaghah
e. ‘Arudh
f. Kamus2 bahasa Arab klasik
g. Sastera Arab dan sejarahnya
Fiqh dakwah dan gerakan
· Setiap muslim adalah da’i sesuai dengan kemampuannya.
· Kaum muslimin perlu mewujudkan kesatuan hati, menghilangkan perasaan tidak baik antara kaum muslimin dan mampu menyatukan manhaj tarbiyah, sistem pendidikan dan pemahaman.
Sistem musuh untuk menghancurkan Islam
· Kolonialis spt Inggeris, Amerika, komunisme, salbisme, yahudi dan zionisme serta cabang2nya.
· Freemansonry, Rotary-Lions Club, Peranan agen-agen Amerika (CIA), Inggeris, Perancis dan Rusia (KGB) serta sekutu2nya.
Kajian Islam moden
· Buku2- ada yang menjelaskan Islam secara total, ciri2, masalah aqidah dan prinsip2nya, sistem hidup Islam, salah faham tentang Islam, pertentangan antara jahiliyyah dan Islam, pokok2 permasalahan moden.
· Karya Hassan al Banna, al Maududi, al Nadwi, al Qaradawi dll.
Rujukan: Jundullah Tsaqafatan Wa Akhlaqan Oleh Syeikh Sa’id Hawwa.