Sabtu, November 27, 2010

Inilah Jihad Kita



Saya ingin menghuraikan secara ringkas pembahagian jihad beserta tahap-tahapnya seperti yang dijelaskan oleh Al Imam Ibnu Qayyim, seorang ulama kurun ke-8 hijrah. Saya berpendapat pembahagian ini mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang dapat membaca. 


Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci, silalah merujuk kepada kitab-kitab muktabar lain yang membincangkan fiqh jihad seperti kitab Fiqh Jihad karya As Syeikh Prof. Yusuf Qardhawi yang sangat relevan untuk diamalkan pada masa sekarang.

“Tetapi rasul dan orang-orang beriman bersamanya, (mereka) berjihad dengan harta dan jiwa. Mereka itu memperoleh kebaikan. Mereka itulah orang2 yang beruntung. Allah telah menyediakan mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai2, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang agung.” (at-Taubah: 88-89)

Larangan2 Rasulullah SAW yang Nampak Mudah Tetapi Sering Dilupai.



  • Baginda tidak suka seseorang berkata, “Manusia telah rosak.” Baginda bersabda, “Jika dia berkata seperti itu, bererti dialah yang paling rosak diantara mereka.
  • Baginda melarang perkataan, “Menurut kehendak Allah dan kehendak si Fulan. Tetapi boleh dikatakan, “Menurut kehendak Allah kemudian kehendak si Fulan.”
  • Berkata kepada sesama Muslim, “Hai orang kafir.” (Ditakhrij Al Bukhari)
  • Mencaci angin yang berhembus. Yang benar adalah memohon kebaikan angin itu kepada Allah dan kebaikan yang dihembuskan, berlindung daripada keburukannya dan keburukan yang dihembuskannya. (Ditakhrij At Tirmizi, Ahmad dan Abu Daud)
  • Mencaci sakit demam kerana sakit demam itu boleh menghapuskan kesalahan2 anak Adam, sebagaimana tungku api menghilangkan karat besi. (Diriwayatkan Muslim)
  • Mencaci ayam jantan kerana ayam jantan itu boleh membangunkan manusai untuk solat. (Diriwayatkan Ahmad dan Abu Daud)
  • Mengejek dan mencaci orang Muslim. (Ditakhrij Al Bukhari)
  • Berbisik2 berdua sahaja, padahal ada orang ketiga. (Ditakhrij Al Bukhari dan Muslim)
  • Berdoa dengan ucapan, “Ya Allah, ampunilah dosaku kalau memang Engkau mengkehendaki, rahmatilah aku kalau memang Engkau mengkendakinya.” (Ditakhrij Muslim)
  • Terlalu sering bersumpah. (Ditakhrij Muslim)
  • Berhati2 dan waspada dalam menggunakan kata2 aku, bagiku atau di sisiku kerana lafaz2 ini sering digunakan Iblis, Fir’aun dan Qarun.


Rujukan: Kitab Zadul Ma'ad karangan Ibnu Qayyim